Thursday, January 27, 2011

4ANGGERIK EMPUNYE CITE ^^


Buku salam pembuka seloka..
salam sejahtera pembuka kata..
tersenyum tergelak membaca seloka..
4 anggerik empunya cerita..

 30 penghuni otak serupa..
ada yang gila..
ada yang gila- gila..
cikgu yang masuk semua merana..
ada jugak cikgu yang sekepala..

cikgu Nor Azimah guru kelas kami..
masih "single" cantik sekali..
kalau bercakap kalah perdana menteri..
bila marah alamat gempa bumi...

Tan yong Wei monitor kami..
bercermin mata tinggi orangnya...
depan cikgu serius gila..
belakang cikgu memekak je kerja nya..

duit, duit sana sini..
mengutip cukai je setiap hari..
suka berjalan ke ke sana ke mari..
gelagat lih jia cik ceti kelas kami..

selalu bercerita tak kira masa..
selalu buat lawak dengan selamba..
ini dia Ghammar handsome katanya
kesian Kamal, layankan aja..

bersopan santun ayu wajahnya..
bila tersenyum ramai terpesona..
walau pendiam banyak idea..
itulah Rosma, empunya nama..

Bavani, Kasturi serta Rohini..
ramah mesra baik hati..
time belajar serius sekali..
time rehat, bercakap tak henti..

subjek add maths pilihan hati,
itulah Wei Hang popular sekali..
Ng Young Zuan,
Guan Kuang Ren, sahabat sejati...
bila kena marah..
masing-masing telinga tuli.

orangnya tinggi manis rupanya..
peminat man U kesukaanya..
sekejap bising, sekejap bersahaja...
Inilah dia cik Khasma kita..

Siva dan Vinod nakal lah  juga..
walau nakal, cerdik budaknya..
datang si saran mengacau mereka..
nak buat macam mana...
makin nakal lah jawabnya..

Su Yi dan Hui Juan.. itulah mereka..
dalam kelas banyak bertanya...
sampai cikgu, pening kepala...

Menaga, Manchulanama diberi..
berbudi bahasa dan juga bjak..
bila ujian selalu high mark..
bila sukan selalu low mark..

ketua kebersihan menjadi sandaran..
satu kelas dia hiaskan..
orang nya putih sangat berwawasan..
cik Fazirah bijak dan juga menawan..

dua sahabat sehati sejiwa..
bila bertemu, gamatlah dunia..
bila ketawa berdekah- dekah..
itulah Alex dan Shu Chin..

hitam manis dan baik hati..
rambutnya ikal macam tali..
hobinya belajar setiap hari..
Shamukapria nama diberi..

sekejap ada sekejap tak ada..
hari ni datang esok tak datang..
suka bercerita tentang negerinya..
itulah Milyn gadis "Sabah" kita..

dari china datang ke Malaysia..
3 sahabat sentiasa bersama..
Ying kie, Ye wan dan hui min..
selalu bersama..
sentiasa gembira sepanjang masa..

orangnya cantik seperti cinderella..
sentiasa gembira sepanjang masa..
banyak cerita suka dikongsi bersama..
tiada Ang Kai Qi, sunyilah dunia..

suka berjalan ke sana ke mari..
"market" orangnya cun sekali..
kalau ketawa, semua budak perhati..
itulah athirah, selalu happy..

suka melawak itu kerjanya..
suka ketawa itu tabiatnya..
olahragawati giliran tiba..
siapa lagi, kalau bukan saya.. 
(that's mean NAJEHA NURHASIMAH BT MOHD NASIR)

mengutuk sudah
mengata pun sudah
tak terniat nak menganaiya..
andai kalau teramat marah..
ambilah wudhuk..
ampunkanlah saya



credit by : Najeha Nurhasimah Bt Mohd Nasir

Tuesday, January 18, 2011

Ucapan semasa pemilihan pangkat barisan ketua pelajar

        Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Dihormati En Fadzil bin Abu Bakar,duru penolong kanan Hal Ehwal Murid, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan pelajar sekalian. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua.
        Terlebh dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap di atas pentas ini.Sebelum menuruskan ucapan saya,sudah tentu ada segelintir pelajar yg masih tidak mengenali diri saya ini.Oleh itu ,izinkan saya memperkenalkn diri saya. Nama saya ialah Ng Shu Chin dari tingkatan 5 anggerik.
Para hadirin sekalian,
         Tugas sebagai timbalan ketua pengawas ,saya anggap satu amanah berat yg akan saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan komitmen sepanjang tahun ini.Bak kata peribahasa melayu, "betapa berat mata memandang ,berat lagi bahu yg memikul." Akan tetapi biar seberat manapon tugas yang bakal sya pikul ,akan tetap saya berasa bertuah kerana mendapat pertolongan daripada guru khususnya guru disiplin,dan barisan ketua pelajar yang banyak membantu agar semua pelajar mematuhidisiplin dan peraturan sekolah sekaligus menjadikan sekolah ini sentiasa ceria dan menyeronokkan sebagai tempat belajar.
          Untuk pengetahuan para hadirin sekalian,pengawas merupakan pembantu guru dan role model kepada pelajar lain.Oleh itu ,tanggapan negatif terhadap pengaws yang kononnya semata-mata hendak mencari kesalahan pelajar hendaklah dihapuskan. Kami hanya mahu membentuk sahsiah rupa diri dan peribadi yang unggul di kalangan rakan.Saya berharap tegurlah kami apabila terdapat kesalahan dan kesilapan.Anggaplah kami sebagai sahabat yang sedia membantu sepanjang masa.
          Ingatlah rakan-rakan sekalian,bahawa peribadi yang unggul dan kekuatan daya intelek sebenarnya bermula pada tahap sekolah. Ciri-ciri kepimpinan seharusnya dipupuk pada peringkat rebung .Sebab itulah ,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan guru-guru kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya agar menyahut cabran menjawat jawatan sebagai timbalan ketua pengawas . Saya berharap jawatan ini dapat memberikan keyakinan kepada saya untuk membina kekuatan diri sebagai pemimpin pada masa hadapan.

Para hadirin sekalian,
            Nampaknya  sampai disini sahaja ucapan saya pada majlis perhimpunan ini. Sebelum saya mengundurkan diri ,saya menghjarapkan sokongan dan kerjasama dari semua pelajar bagi memudahkan tugas say dan rakan-rakan.Saya mengakhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun berbunyi:

                Banyak orang pergi menjala,
                Menjala udang di dalam parit,
                Jagalah diri jangan tercela,
                Rosak nama bangsa terpalit.

Sekian terima kasih