Tuesday, January 18, 2011

Ucapan semasa pemilihan pangkat barisan ketua pelajar

        Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Dihormati En Fadzil bin Abu Bakar,duru penolong kanan Hal Ehwal Murid, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan pelajar sekalian. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua.
        Terlebh dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap di atas pentas ini.Sebelum menuruskan ucapan saya,sudah tentu ada segelintir pelajar yg masih tidak mengenali diri saya ini.Oleh itu ,izinkan saya memperkenalkn diri saya. Nama saya ialah Ng Shu Chin dari tingkatan 5 anggerik.
Para hadirin sekalian,
         Tugas sebagai timbalan ketua pengawas ,saya anggap satu amanah berat yg akan saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan komitmen sepanjang tahun ini.Bak kata peribahasa melayu, "betapa berat mata memandang ,berat lagi bahu yg memikul." Akan tetapi biar seberat manapon tugas yang bakal sya pikul ,akan tetap saya berasa bertuah kerana mendapat pertolongan daripada guru khususnya guru disiplin,dan barisan ketua pelajar yang banyak membantu agar semua pelajar mematuhidisiplin dan peraturan sekolah sekaligus menjadikan sekolah ini sentiasa ceria dan menyeronokkan sebagai tempat belajar.
          Untuk pengetahuan para hadirin sekalian,pengawas merupakan pembantu guru dan role model kepada pelajar lain.Oleh itu ,tanggapan negatif terhadap pengaws yang kononnya semata-mata hendak mencari kesalahan pelajar hendaklah dihapuskan. Kami hanya mahu membentuk sahsiah rupa diri dan peribadi yang unggul di kalangan rakan.Saya berharap tegurlah kami apabila terdapat kesalahan dan kesilapan.Anggaplah kami sebagai sahabat yang sedia membantu sepanjang masa.
          Ingatlah rakan-rakan sekalian,bahawa peribadi yang unggul dan kekuatan daya intelek sebenarnya bermula pada tahap sekolah. Ciri-ciri kepimpinan seharusnya dipupuk pada peringkat rebung .Sebab itulah ,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan guru-guru kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya agar menyahut cabran menjawat jawatan sebagai timbalan ketua pengawas . Saya berharap jawatan ini dapat memberikan keyakinan kepada saya untuk membina kekuatan diri sebagai pemimpin pada masa hadapan.

Para hadirin sekalian,
            Nampaknya  sampai disini sahaja ucapan saya pada majlis perhimpunan ini. Sebelum saya mengundurkan diri ,saya menghjarapkan sokongan dan kerjasama dari semua pelajar bagi memudahkan tugas say dan rakan-rakan.Saya mengakhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun berbunyi:

                Banyak orang pergi menjala,
                Menjala udang di dalam parit,
                Jagalah diri jangan tercela,
                Rosak nama bangsa terpalit.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment